Al Hurriyah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap ﷲ.
Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusiaan yang melibatkan perkara - perkara yang berikut:
Kebebasan beragama atau mengamalkan dan fahaman yang dianuti.
Kebebasan berfikir.
Kebebasan bersuara.
Kebebasan memiliki dan mencari harta.
Kebebasan untuk menuntut ilmu.
Kebebasan bergerak.
Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambil kira 3 perkara.
Kebebasan tidak menganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam kerana dalam Islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, hendaklah mementingkan kepentingan umum terlebih dahulu.
Kebebasan tidak menggangu kepentingan organisasi yang membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding kepentingan dan kebebasan diri.
Kebebasan tidak bercanggah dengan nilai dan prinsip agama.Jika bercanggah, maka dengan sendirinya akan terbatal.
Kebebasan dalam Islam terutama konteks sebuah organisasi ialah kebebasan yng melambangkan penghargaan Islam terhadap hak yang dimiliki individu selagi tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam.Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti serta keterbukaan yang dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang kearah kebaikan dan kecemerlangan oranisasi.