Al Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingan ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam Al Quran kemudian dikukuhkan lagi oleh sunah Rasulullah s.a.w serta amalan para sahabat. Al Syura yang bermaksud muzakarah atau musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap penting di dalam kehidupan seharian. Antara kepentingan Al Syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah :
Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang.
Syura dapat memantapkan keputusan yang dibuat hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam.
Syura juga akan dapat menggelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
Melalui Syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat secara bersama ( mengikut persepakatan ramai ).
Syura bertujuan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama.
Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran.
Oleh sebab Al Syura merupakan perkara penting dalam pengurusan maka mereka yang ingin menjadi ahli Syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat baik yang syaratkan Saidina Ali Bin Abi Talib adalah seperti berikut :
Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.
Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang - orang yang zalim dan melakukan kejahatan.
Seorang yang jujur dan bertaqwa.
Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak.
Seorang yang adil, berilmu dan terpelajar.
Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah.
Menurut Abdullah ( 1990 ), fungsi Syura dalam konteks organisasi melibatkan perkara - perkara yang berikut :
Menggubal peraturan - peraturan organisasi.
Menjalakan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.
Meluluskan program - program kewangan.
Mengulang kaji dasar - dasar organisasi dan memikirkan cara untuk melincinkan lagi pentadbiran organisasi.
Berkuasa mengisytiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.
Memberi kebebasan kepada ahli Syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan organisasi.
Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimanayang diputuskan oleh Syura.