السلام عليكم
AL UBUDIYYAH
Al Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan
dengan matlamat dan prinsip utama manusia sebagai hamba الله سبحان
وتعالى. Prinsip ini merujuk sifat pengabdian diri dengan setelusnya
hanya kepada الله سبحان وتعالى. oleh itu, seluruh kegiatan sesorang
individu dan juga seluruh kegiatan di dalam organisasi perlulah
berpegang kepada konep pengabdian diri kepada الله سبحان وتعالى.
اسلام merupakan konsep dan pengertian yang jelas tentang
hubungan manusia denganﷲ ﷺ sebagai pencipta alam
seluruhnya. pandangan اسلام tentang ketuhanan adalah berasaskan
konsep ibadat kepada الله ﷺ dengan memusatkan
peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada اللهﷺ.
konsep ini membawa maksud seseorang muslim hendaklah patuh
kepada suruhan الله ﷺ dan menjauhi segala larangan-
Nya.beriman dengan keesaan الله ﷺ merupakan landasan
pengabdian seseorang اسلام terhadap tuhannya ( Ahmad Ibrahim
Abu Sin, 1990 )
ﷲ berfirman dari surah Al Nahl, maksudnya :
" Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepadaKu. Allah memiliki apa - apa dilangit dan dibumi dan kepadaNya ( hendaklah ) kamu patuh selama - lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah? "
surah Al Nahl 16:51 - 52
Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh ﷲ untuk memakmurkan muka bumi. Ahmad Ibrahim Abu Sin ( 1991) berpendapat bahawa Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh ﷲ untuk memahami konsep Ubudiyyah yang berikut :
1. ﷲ tidak meredhai hambaNya yang menjauhi kemewahan dunia dengan menurung diri di dalam rumah rumah ibadat seperti masjid atau surau semata mata untuk tujuan beribadat. Sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja asalkan segala ibadat dan pekerjaan yang ikhlas dapat mendekatkan hamba kepada penciptaNya.
2. Hubungan manusia dengan ﷲ adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan ( Ubudiyyah ) ﷲ serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam roh lagi.
« Older posts | Newer posts»