|+Follow | DBoard|
Khairi Amzar
PENGURUSAN.DALAM.


ISLAM
Diary About
Ahlan Wasahlan !
Welcome Readers! Reading and following are allowed but Copying and Spamming are not allowed. BE NICE :)

13 October 2016 | 2:36 AM | 0 comments

السلام عليكم

Al Hurriyah

Al Hurriyah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap ﷲ.

Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusiaan yang melibatkan perkara - perkara yang berikut:

  1. Kebebasan beragama atau mengamalkan dan fahaman yang dianuti.
  2. Kebebasan berfikir.
  3. Kebebasan bersuara.
  4. Kebebasan memiliki dan mencari harta.
  5. Kebebasan untuk menuntut ilmu.
  6. Kebebasan bergerak.
Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambil kira 3 perkara.
  1. Kebebasan tidak menganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam kerana dalam Islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, hendaklah mementingkan kepentingan umum terlebih dahulu.
  2. Kebebasan tidak menggangu kepentingan organisasi yang membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding kepentingan dan kebebasan diri.
  3. Kebebasan tidak bercanggah dengan nilai dan prinsip agama.Jika bercanggah, maka dengan sendirinya akan terbatal.
Kebebasan dalam Islam terutama konteks sebuah organisasi ialah kebebasan yng melambangkan penghargaan Islam terhadap hak yang dimiliki individu selagi tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam.Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti serta keterbukaan yang dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang kearah kebaikan dan kecemerlangan oranisasi.


| 2:33 AM | 0 comments

السلام عليكم

AL-Musawah

: AL-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam islam.
: Persamman ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada Nabi Adam a.s . 
: Hanya yang membezakan setiap manusia itu dengan manusa yang lain ialah amalan, tanggungjawab dan ketakwaan .

PELAKSANAAN MUSAWAH ATAU PERSAMAAN DI DALAM ORGANISASI;
1. Semua warga organisasi harus diterima sama rata , terutama dari sudut peraturan dan undang-         undang.

2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, keranan setiap                   manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.

3. Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama .

4. Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan .


11 October 2016 | 10:33 PM | 0 comments

السلام عليكم

 AL SYURA

Al Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingan ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam Al Quran kemudian dikukuhkan lagi oleh sunah Rasulullah s.a.w serta amalan para sahabat. Al Syura yang bermaksud muzakarah atau musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap penting di dalam kehidupan seharian. Antara kepentingan Al Syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah :

  1. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang.
  2. Syura dapat memantapkan keputusan yang dibuat hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam. 
  3. Syura juga akan dapat menggelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
  4. Melalui Syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat secara bersama ( mengikut persepakatan ramai ).
  5. Syura bertujuan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama.
  6. Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran.

Oleh sebab Al Syura merupakan perkara penting dalam pengurusan maka mereka yang ingin menjadi ahli Syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat baik yang syaratkan Saidina Ali Bin Abi Talib adalah seperti berikut :

  1. Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci.
  2. Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang - orang yang zalim dan melakukan kejahatan.
  3. Seorang yang jujur dan bertaqwa.
  4. Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak.
  5. Seorang yang adil, berilmu dan terpelajar.
  6. Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah.
Menurut Abdullah ( 1990 ), fungsi Syura dalam konteks organisasi melibatkan perkara - perkara yang berikut : 

  1. Menggubal peraturan - peraturan organisasi.
  2. Menjalakan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.
  3. Meluluskan program - program kewangan.
  4. Mengulang kaji dasar - dasar organisasi dan memikirkan cara untuk melincinkan lagi pentadbiran organisasi.
  5. Berkuasa mengisytiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
  6. Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.
  7. Memberi kebebasan kepada ahli Syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan organisasi.
  8. Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimanayang diputuskan oleh Syura.


10 October 2016 | 11:30 PM | 0 comments

السلام عليكم

  AL UBUDIYYAH

  Al Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan 

dengan matlamat dan prinsip utama manusia sebagai hamba الله سبحان 

وتعالى. Prinsip ini merujuk sifat pengabdian diri dengan setelusnya

 hanya kepada الله سبحان وتعالى. oleh itu, seluruh kegiatan sesorang 

individu dan juga seluruh kegiatan di dalam organisasi perlulah 

berpegang kepada konep pengabdian diri kepada الله سبحان وتعالى. 


  اسلام merupakan konsep dan pengertian yang jelas tentang 

hubungan manusia denganﷲ ﷺ  sebagai pencipta alam 

seluruhnya. pandangan اسلام tentang ketuhanan adalah berasaskan 

konsep ibadat kepada الله  dengan memusatkan 

peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada الله

konsep ini membawa maksud seseorang muslim hendaklah patuh 

kepada suruhan الله  dan menjauhi segala larangan-

Nya.beriman dengan keesaan الله  merupakan landasan 

pengabdian seseorang اسلام terhadap tuhannya ( Ahmad Ibrahim 

Abu Sin, 1990 ) 

ﷲ berfirman dari surah Al Nahl, maksudnya : 

" Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepadaKu. Allah memiliki apa - apa dilangit dan dibumi dan kepadaNya ( hendaklah ) kamu patuh selama - lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah? "

surah Al Nahl 16:51 - 52

 Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh ﷲ untuk memakmurkan muka bumi. Ahmad Ibrahim Abu Sin ( 1991) berpendapat bahawa Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh ﷲ untuk memahami konsep Ubudiyyah yang berikut : 

1. ﷲ tidak meredhai hambaNya yang menjauhi kemewahan dunia      dengan menurung diri di dalam rumah rumah ibadat seperti              masjid atau surau semata mata untuk tujuan beribadat. Sedangkan    manusia boleh beribadat di mana sahaja asalkan segala ibadat dan    pekerjaan yang ikhlas dapat mendekatkan hamba kepada                 penciptaNya.

2.  Hubungan manusia dengan ﷲ adalah berasaskan satu perjanjian      atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan  ( Ubudiyyah ) ﷲ serta menyatakan kesanggupan untuk            mengabdikan diri semata mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat      ketika manusia berada di alam roh lagi.



| 11:13 PM | 0 comments

السلام عليكم

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN اسلام

Prinsip adalah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan. Dalam konteks pengurusan Islam, prinsip bertindak selaku landasan dalam pelaksaan suatu kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Menurut Rasit et al. (2008), pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada "kerajaan Islam" atau pemerintahan Islam. Maka, prinsip sebuah "negara Islam" melibatkan prinsip-prinsip yang berikut:

  • Al-Ubudiyyah
  • Al-Syura
  • Al-Hurriyah 
  • Al-Musawah


« Older posts |